Sunday, 25 March 2012

TAJUK : NOMBOR BERCAMPUR


Tahukah Anda...


Apakah yang dimaksudkan dengan Nombor Bercampur?
Nombor bercampur ialah campuran nombor bulat dan pecahan wajar. Penambahan ini dinyatakan tanpa menggunakan tanda operasi seperti "+"
Contohnya : 
Ibu Fatimah menghidangkan 2 biji penuh kek cawan dan tiga perlapan bahagian daripada 1 biji kek coklat. 
Contoh Gambar Rajah
Apabila ditukarkan ke dalam bentuk Nombor Becampur, pecahan yang   terhasil adalah seperti berikut : 

Bukan itu sahaja...

Nombor bercampur juga boleh ditukar menjadi pecahan tak wajar dengan melakukan tiga langkah berikut:
1) Darabkan nombor bulat dengan penyebut pecahan. 
2) Tambah pengangka pecahan pada hasil darab di atas. 

3) Hasil tambah langkah 2 adalah pengangka untuk pecahan (tak wajar) baru, dengan penyebut 'baru' nya kekal sama dengan penyebut untuk pecahan asal nombor bercampur.

       

Kalau nak tahu...

Pecahan tak wajar juga boleh ditukar menjadi nombor bercampur. Langkah-langkah pengiraannya adalah seperti di bawah.
1) Bahagikan pengangka sesuatu pecahan dengan penyebutnya.
 Contohnya:

2) Kemudian, hasil bahagi (tanpa baki) menjadi nombor bulat, manakala bakinya menjadi pengangka untuk pecahan. Penyebut baru untuk pecahan nombor bercampur adalah sama dengan pecahan tak wajar yang asal.


Ok..kalau nak lagi faham, cuba tengok video ni pulak ye..


Selamat Mencuba Adik-adik (:

    (^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

    13 comments:

    1. Salaam ye,7.031 dalam nombor bercampur Apr he? :)

      ReplyDelete
    2. mcm mne nk tukrkn no. bercmpur kpd no. bulat yer?

      ReplyDelete
    3. Salam ye,boleh tak tolong tukar 2.71 kepada nombor bercampur,kalau boleh nak dalam masa yang terdekat ye,terima kasih.

      ReplyDelete
    4. Tolong saya dari kuantan dari sk galing heheheheeh minta tolng ye tak faham soalan ni...

      ReplyDelete
    5. Salam mau tanya Nie... Apa cara nak tukar 350% kepada nombor bercampur? Kalau boleh cepat sikit ya.. Terima kasih.

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...