Wednesday 29 February 2012

CARA MUDAH UNTUK MENGHAFAL SIFIR 6








~~Baiklah. Memandangkan ini blog cekgu, cekgu dengan berbesar hati akan menerangkan kepada anda semua, ok??^____^

Dalam sifir 6 ini, kita menggunakan sifir 5 sebagai asas. Maksudnya, kalau murid-murid tidak hafal sifir 5, agak susah la ye. 

Setiap nombor dalam sifir 5, kita akan tambah dengan nombor secara meningkat iaitu dari nombor 1 hingga 10. Seperti yang ada dalam jadual. Murid-murid akan dapat jawapan yang merupakan nombor dari sifir 6..

~~SELAMAT MENCUBA~~ 



(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Friday 24 February 2012

CARA MUDAH UNTUK MENGHAFAL SIFIR 5

  
Antara banyak-banyak sifir, bagi cekgu, sifir 5 adalah sifir yang mudah selepas sifir 1 dan 2


             
                  
Berdasarkan gambarajah, terdapat dua warna yang mewakili nilai SA dan PULUH. Warna BIRU mewakili nilai PULUH manakala warna MERAH mewakili nilai SA.

Bagi nilai SA, terdapat hanya nombor 0 dan 5 sahaja. Bagi nilai PULUH, dimulakan dengan nombor 0, nombor 2 sebanyak DUA kali, nombor 3 sebanyak DUA kali, nombor 4 sebanyak DUA kali dan diakhiri dengan nombor 5. 

Cubalah teknik ini. Moga-moga semua dapat peroleh ilmu yang bermanfaat.^^ 




(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Wednesday 22 February 2012

BIJAK SIFIR 4

Adik-adik, jom kita tengok macam mana nak hafal sifir 4 ni.Jom!!!!




(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Monday 20 February 2012

KAEDAH MUDAH HAFAL SIFIR 3

Asas bagi sifir 3 adalah sifir 2. Adik-adik perlu mahirkan diri dengan sifir terlebih dahulu sebelum memulakan sifir 3. Jika adik-adik dah tahu sifir 2, jadi, tak susah lah bagi adik-adik nak belajar sifir 3.

MARI KITA TENGOK SAMA-SAMA

                                      2 x 3 -->  ( 2x 2 ) + 2 = 6
                                                                atau  
                                                                4 + 2 = 6

                                              5 x 3 -->  ( 5 x 2 ) + 5 = 15
                                                                atau
                                                               10 + 5 = 15

Kalau adik-adik peka,. adik-adik perasan tak nombor yang ditambah di belakang adalah nombor yang sama??



(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Sunday 12 February 2012

PECAHAN TAHUN 4

Hasil Pembelajaran

1) Menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur
2) Menambah pecahan wajar
3) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penambahan pecahan wajar
4) Menolak pecahan wajar
5) Menyelesaikan masalah harian yang melibatkan penolakan pecahan wajar

(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Friday 3 February 2012

KAEDAH MUDAH HAFAL SIFIR 2

Untuk sifir 2, anda hanya perlu menambahkan angka yang sama sebanyak dua kali

      1.    3 x 2 = 6
             atau
             3 + 3 = 6

      2.     4 x 2 = 8
                atau
             4 + 4 = 8 

mudah kan??? :))
~~selamat mencuba~~

(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Thursday 2 February 2012

MARI MENGHAFAL SIFIR



Nak tahu kenapa sifir tu penting? Menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir..jadi..hafal jangan tak hafal..:)





(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...