Saturday 31 March 2012

TAJUK: BENTUK (Bahagian 1)


Assalamualaikum adik-adik...
Hari ini kita akan belajar mengenai bentuk..Adik tahu tak apa itu bentuk??
sfera / piramid / kubus/ kuboid ??
ha...mesti ingat kan...

tp..pernah tak adik-adik dengar mengenai prisma?
ape bendanya PRISMA ni??
...
....
.....
........
.............
.........................


eh..apa kaitannya gambar diatas dengan PRISMA??

ADIK-ADIK...inilah contoh-contoh prisma..

Terdapat tiga jenis prisma iaitu:
1. Prisma segitiga
2. Prisma segi empat tepat
&
3. Prisma segi empat sama


Ouh, baru tahu ye..MENARIK kan??

bersambung.....TAJUK: BENTUK (Bahagian 2)





(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Friday 30 March 2012

CUBA BUAT : NOMBOR BERCAMPUR


mesti adik-adik dah faham kan apa itu nombor bercampur?
Apa kata kita sama-sama uji kefahaman masing-masing...

SELAMAT MENCUBA!!
                                      
                                       
                                       
                                    






(^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

Sunday 25 March 2012

TAJUK : NOMBOR BERCAMPUR


Tahukah Anda...


Apakah yang dimaksudkan dengan Nombor Bercampur?
Nombor bercampur ialah campuran nombor bulat dan pecahan wajar. Penambahan ini dinyatakan tanpa menggunakan tanda operasi seperti "+"
Contohnya : 
Ibu Fatimah menghidangkan 2 biji penuh kek cawan dan tiga perlapan bahagian daripada 1 biji kek coklat. 
Contoh Gambar Rajah
Apabila ditukarkan ke dalam bentuk Nombor Becampur, pecahan yang   terhasil adalah seperti berikut : 

Bukan itu sahaja...

Nombor bercampur juga boleh ditukar menjadi pecahan tak wajar dengan melakukan tiga langkah berikut:
1) Darabkan nombor bulat dengan penyebut pecahan. 
2) Tambah pengangka pecahan pada hasil darab di atas. 

3) Hasil tambah langkah 2 adalah pengangka untuk pecahan (tak wajar) baru, dengan penyebut 'baru' nya kekal sama dengan penyebut untuk pecahan asal nombor bercampur.

       

Kalau nak tahu...

Pecahan tak wajar juga boleh ditukar menjadi nombor bercampur. Langkah-langkah pengiraannya adalah seperti di bawah.
1) Bahagikan pengangka sesuatu pecahan dengan penyebutnya.
 Contohnya:

2) Kemudian, hasil bahagi (tanpa baki) menjadi nombor bulat, manakala bakinya menjadi pengangka untuk pecahan. Penyebut baru untuk pecahan nombor bercampur adalah sama dengan pecahan tak wajar yang asal.


Ok..kalau nak lagi faham, cuba tengok video ni pulak ye..


Selamat Mencuba Adik-adik (:

    (^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

    Thursday 8 March 2012

    KAEDAH MENGHAFAL SIFIR 9






    Adik-adik kali ni mari kita sama-sama belajar sifir 9. Bagi memudahkan adik-adik menghafal sifir 9, kita bahagikan sifir ini kepada 2 bahagian. Adik-adik, cuba perhatikan angka 0 hingga 9 yang BERWARNA BIRU  , angka-angka ini disusun dari atas ke bawahKini, perhatikan pula angka-angka yang BERWARNA MERAH , angka-angka dari 0 hingga 9 disusun dari bawah ke atas. Konsepnya sama iaitu angka-angka ini disusun dari nilai yang paling kecil kepada nilai yang paling besar. Erm...senang kan?

    ~JOM CUBA!JANGAN TAK CUBA~


    (^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

    Monday 5 March 2012

    Rekreasi Matematik..syokkkkk ooooo^^

    Adik-adek, abang-abang, kakak-kakak, mari kita berehat sebentar ye..^^

    Mari kita selesaikan HELAH MATEMATIK ini..


    chumel kan kawan-kawan cekgu..^^ terime kasehhh..


    (^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

    KAEDAH MUDAH SIFIR 8









    Adik-adik kali ni mari kita sama-sama belajar sifir 8. Bagi memudahkan adik-adik menghafal sifir 8, kita bahagikan sifir ini kepada 2 bahagian. Adik-adik, cuba perhatikan angka 0 hingga 4 yang awal BERWARNA PUTIH pada bahagian 1. Angka 4 diulang sekali lagi selepas itu dan disambung dengan angka seterusnya hingga angka 8. Sekarang, perhatikan angka yang BERWARNA HITAM pula. Angka 8, 6, 2, 4 dan 0 pada bahagian 1 diulang semula pada bahagian 2. Erm...senang kan?JOM CUBA!



    (^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

    Thursday 1 March 2012

    LATIH TUBI ONLINE (Tahun 1 - 6)

    Di sini ada pautan untuk membuat latihan.
    Anda boleh KLIK gambar di bawah ini untuk membuat Latihan Pengukuhan.


    ~ Selamat Mencuba ~ ^^

    (^_^) Semoga Bermanfaat (^_^)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...